Wednesday 3 June 2015

SEJARAH PENUBUHAN SMA NURIS

   


     Sekolah Menengah Agama Nurul Islam diasaskan pada tahun 1948, oleh Tuan Guru Haji Abu Bakar Bin Haji Hanifiah dengan bantuan Hj. Saud Bin Md. Noor, Hj. Samad Bin Lebai Ismail, Hj. Shafie Bin Salleh dan Ustaz Hj. Ismail Bin Abdullah. Sebelum ini ia dikenali dengan nama Madrasah Nurul Islam.

     Sekolah ini terletak berhadapan dengan Jalan Putra, Ayer Hitam, Alor Setar mempunyaiseramai 40 orang murid perempuan sahaja pada peringkat awal pembukaannya. Tetapi pada tahun 1964, murid-murid lelaki mula dibenarkan belajar di sekolah ini. Walaupun ia serba kekurangan, namun ia meneruskan legasi sebagai sebuah institusi agama untuk untuk mendalami ilmu keagamaan yang dijalankan secara tradisi dengan menggunakan kitab turath.

     Kini sekolah yang dahulukan beratap nipah dan bergandingkan buluh telah bertukar wajah menjadi sebuah bangunan yang kukuh dan berdiri megah di tengah-tengah pembangunan di Pekan Ayer Hitam.

     Oleh kerana tahap pembelajaran yang masih rendah dan kekurangan tenaga pengajar, maka pihak Jabatan Islam Negeri Kedah telah tampil ke hadapan membantu institusi ini bagi mencapai matlamat memartabatkan Islam.

     Tahun 2006, Lembaga Pengelola Sekolah Menengah Agama Nurul Islam telah menandatangani satu perjanjian MoU dengan KPM, untuk didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi membolehkan bantuan kerajaan disalurkan sepenuhnya.

     Bilangan murid dan guru telah bertambah dari semasa ke semasa. Kini terdapat lebih tiga ratus orang murid dan tiga puluh dua orang guru serta sembilan orang anggota kumpulan pelaksana.

No comments:

Post a Comment